Monday, 6 June 2011

kErAnA iSlAm kitA dikAtAkAn kOlOt..??

Bismillahhirrahmanirrahim…
As-salamullahi'alaykumwarahmatullahi wabarakatuh.
Moga kalian semua
diberkati Allah.
Berhari menulis isi hati untuk mengingatkan diri sendiri dan
saudara sesama Islam. Lahirlah idea menulis atas tajuk ini. Mungkin sebab saya
salah seorang dari mereka yang berfikiran kolot kerana berfikiran berhati-hati
dalam soal yang dianggap remeh seperti pergaulan antara lelaki dan
perempuan.

Andai tersalah pandangan, tegurlah saya yang hina ini wahai
insan-insan yang dikasihi Allah diluar sana..


Syukran.
Babak
1.


Berlaku di?

Salah sebuah bilik di asrama
lelaki.


Masa?
Pagi, petang atau malam.

“Eh
Din, jom belajar dengan Siti dan Nurul? Mereka dah lama tunggu di kafe
tu.”
“Tak mahulah Bad. Aku boleh belajar sendirian. Lagipun sejak bila
kau belajar dengan diaorang ni?”
“Alah, bosanlah belajar dengan sejantina ni,
tak fun la.  Kalau dengan lain jantina ni banyak sikit
idea.Mencurah-curah ilmu lebih aku dapat..” sengih si Bad.
“Tapi kan diaorang
bukan mahram kita? Takkan kau lupa apa kata kau sebelum ni? Belajar dengan
mahram lebih baik, redha Allah ada. If terdesak sangat and in case perempuan
je yang dapat kuasai topik tertentu kau akan ajak ramai-ramai
dan sekelas untuk belajar sama. Lebih baik. Fitnah pun tak ada.”
“Memanglah
tapi tu dulu. Aku rasa, kolot betul pemikiran aku sendiri kan? Okeylah, kau nak
simpan kata-kata aku tu simpan jelah, aku pergi dulu.”


Babak
2.


Berlaku di?
Dalam pesanan ringkas.

Masa?
Bila-bila.

“Ina,kita jumpa
di taman bunga eh? Please...saya tak pernah dapat jumpa awak berdua
je.
Di sekolah pun terserempak dan awak tak pernah pun nak senyum dan selalu
je elak.”

“Man, kan saya dah cakap, saya tak nak. Saya tak boleh.
Berjumpa sebab apa? Bukan ada perkara penting. Kalau saya bawa Kak Nah, awak tak
bagi. Nak bawa Abang Usop pun tak boleh. Mak dan ayah? Lagilah awak tak mahu.
Tak bersedia la...apa-apa la. Lagi, jumpa je pun tapi tetap kena bawa mahram
bersama. Itu hukum yang patut kita terima dan ditetapkan oleh Islam. Lainlah
awak ni suami saya ”

“Alah awak ni, kolot betullah. Bukan saya nak
apa-apa kan awak pun sampai kena bawa semua famili awak sekali. Takdelah
privacy. Cuba tengok si Rizal dan Imah tu, diaorang selalu jumpa tapi
batas jaga jugak. Takde pun sampai bawa sekali semua
famli.”

“Soalnya, saya ni bukan bini awak yang boleh
dibawa sesuka hati berjumpa tanpa sebab yang

dibolehkan syarak. Awak nak jumpa sebab nak
luahkan perasaan awak kan? Saya tak nak.
Imah tu lainlah, dia biasa
benda-benda macam tu. Saya tak biasa dan saya tak nak biasakan buat perkara
sia-sia ni. Awak nak perempuan macam Imah? Carilah lain.
Maaf.”

“Ala..Ina, maaf eh. Hmm..Kalau macam tu saya jumpa awak di sekolah
jela. Dapat tengok tanpa jumpa berdua pun jadilah. Nanti if saya dah
mampu saya datang terus rumah awak.”




Dan..berapa banyak lagi babak dalam
kehidupan yang menunjukkan pemikiran-pemikiran mereka yang mahukan kebebasan
seperti yang ditunjukkan oleh pihak bukan ISLAM. Pemikiran ISLAM pula sering dikatakan sebagai
KOLOT.
Siapakah yang paling maju diantara umat Islam yang
benar-benar ikut budaya dan cara mereka yang bukan Islam? Orang Islam mana pula
yang benar-benar mundur dan ketinggalan hanya kerana ikut setiap apa yang
digariskan oleh ISLAM?

Allah dah mengisytiharkan kesempurnaan ISLAM di
dalam Kalamullah. Andai ia tidak sempurna, tiadalah perintah Allah yang menyuruh
kita, manusia yang lemah dan hina ini patuh dan taat
pada setiap
perintahNYA..Patuh dan taat pada agamaNYA.

“Aslam taslim!”
“Islamlah,
anda akan selamat!”

Kerana makna Islam sendiri membawa maksud sejahtera.
Mereka yang berfikiran bercanggah dari pemikiran yang Islam gariskan, dan tidak
meneliti kesempurnaan dan kebaikan yang

terkandung di dalam Islam mungkin akan
meletakkan Islam sebagai agama yang leceh, kolot hanya kerana
keterbatasan-keterbatasan yang wujud.

Dari sekecil-kecil perkara
sehingga sebesar-besar perkara yang perlu dititik beratkan. Saya sendiri dulu
pernah terfikir,  dalam Islam terlalu banyak pantang larang. Itu tak boleh, ini
tak boleh. Walhal setiap peraturan Islam tentukan punya kebaikan dan
sebab-sebabyang khas buat manusia yang fitrahnya adalah Islam pada
asalnya sebelum lahirnya kita ke dunia dan ditentukan dalam berlainan agama.
Bukan?

Jika penganut bukan Islam berfikiran sedemikian, kita sendiri
sedia maklum bahawa mereka tidak mendalami agama suci ini sedalamnya. Namun,
yang dikisahkan apabila
penganut Islam sendiri, mereka yang
mengaku keEsaan Allah dan kerasulan kekasihNYA pun mengatakan bahawa Islam ini
kolot. Terdapat perkara-perkara yang dianggap kolot jika
diturutkan.


“Tidak ada paksaan untuk
(memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada
jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan
beriman  kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali
yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.”

Al-Baqarah ayat
256

 

“Pada hari ini
orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu
janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah 
Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan
telah Ku-ridai Islam itu jadi agama mu."
  Al Maidah ayat 3





“Maka
bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta
taatlah;”

Al Qashash ayat
16




“Dan Ibrahim
telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yakub. (Ibrahim
berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini
bagimu,

maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama
Islam.”

Al-Baqarah
ayat 132
   






 

 

Kita ni dah terlalu banyak disogokkan dengan
budaya dan cara hidup mereka bukan Islam.
Kebebasan yang
dipertontonkan. Dunia menjadi dambaan dan dikejar. Bukankah ada suatu waktu
dimana makhluk Allah yang dikurniakan akal ini akan dihisab? Bukankah ada suatu
saat dimana,harta tidak lagi berguna untuk menyelamatkan diri di sana?





Islam itu penawar. Kerana setiap sesuatu
diukur dengan kehalusan dan kesempurnaanNYA
yang tidak ternilai. Sekalipun
hal yang remeh sekalipun. Sekecil perkara itu punya banyak hikmah yang
menguntungkan diri sendiri. DIA? tidak pernah mengharapkan balasan hambaNYA
kerana ia bukan bermakna pada Pencipta.

Terkadang mungkin kita merasakan
bahawa kita tidak boleh terlalu jumud dalam soal Islam memandangkan kita di
zaman era baru. Zaman kecanggihan. Zaman dimana material makin hebat, dan akhlak
manusia semakin tenat. Tapi, asasnya yang dianggap remeh itu mampu menyelamatkan
permulaan risiko yang lebih besar.

Teringat kata seorang teman, Islam itu fleksibel. Sesuai mengikut
peredaran zaman.
Tapi..manusia telah terlalu mengikut keadaan sehingga Islam
itu sendiri akhirnya ditinggalkan
hanya pada namanya dan seterusnya
memalingkan hukum Islam terus.
<!--[if
!supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]-->


Kita
lupa, redha Allah itu pada perkara yang disukai dan dicintaiNYA.
Kita alpa,
bahawa Rasulullah dah menetapkan kita tidak akan sesat mahupun tersasar dengan
berpandukan Kalamullah dan sunnah baginda.

Tolonglah.
Jangan mudah berkata sesuatu itu KOLOT.
Hanya
kerana keterbatasan yang wujud dan merasa susah untuk
diikut.
Terkadang..perkara itu nampak kolot,
tapi tersembunyi redha Ilahi
sebenarnya.

Apa pun,
Jom hayati agama kita!
Jangan dipersoalkan
sebelum mengenal.
Tak kenal maka tak cinta.
Kan?
Fastabiqul
Khairat..!!!


 
Sumber..www.iluvislam.com

No comments: