Friday, 29 July 2011

Dakwah Tugas Siapa????/


"Dakwah? Diri sendiri pun tak betul, ada hati nak tegur orang lain? Aku tak mampu lagi la, tunggu la sikit masa lagi."
Sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, setiap muslim secara langsung atau tidak, perlu saling nasihat menasihati dan berdakwah antara satu sama lain. Tanggungjawab itu sudah tercatat sedari loh mahfuz lagi. Kita bukan sesiapa untuk menidakkan tugas ini.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 30:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat. Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Ramai diluar sana yang beranggapan seperti saya. Mungkin mereka tersilap faham akan konsep dakwah yang sebenar. Yelah, mana mungkin mahu berdakwah andai diri sendiri masih saja terumbang-ambing dengan keseronokan duniawi. Bagaimana mahu berdakwah kalau diri sendiri pun sekejap begitu sekejap begini. Namun sekarang,saya sedar bahawa dakwah itu tugas setiap manusia yang diutus menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. Menurut tafsir Al-Quran, "Khalifah" pada ayat 30 ini bermaksud pengganti, pemimpin atau penguasa. Manusia diutuskan ke muka bumi ini untuk memimpin dalam mencapai keredhaanNya.
tugas dakwah memang berat. Saya akui kebenarannya. Untuk diri saya yang baru mula bertatih ini, sememangnya kerja-kerja dakwah itu tidak mudah. Kerana bukan semua mampu berfikir seperti mana yang kita fikirkan. Namun, itulah tugas seorang hamba Allah yang bernama Khalifah. Tugas seorang hamba Allah yang perlu sentiasa meningkatkan diri sendiri dan menarik sahabat-sahabat agar bersama-sama berdiri di atas landasan iman yang kukuh.
Seorang yang  berdakwah perlu mengamalkan cara dakwah yang bersifat 'Qudwah hasanah'iaitu Dakwah melalui tauladan yang baik. Sebagai contoh, kita hendaklah menunjukkan contoh yang baik melalui perbuatan kita sendiri. Salah satu contoh adalah senyum. Senyumlah kerana ia seindah suria. Melalui senyuman, lebih mudah dakwah kita akan diterima dan ukhuwah juga boleh terjalin.
Oleh kerana itu, senyumlah kepada sahabat handai dan saudara mara. Anda tidak akan rugi apa-apa hanya kerana anda senyum. Malah, anda akan bahagia. Namun, perlulah diingatkan, senyumlah pada yang berhak sahaja. Kepada para wanita muslimah senyumlah dengan penuh batasan. 
Selain itu kita perlu bercakap dan berdakwah secara lemah lembut. Akan tetapi lemah lembut yang dimaksudkan bukanlah bermakna bercakap dengan nada mendayu-dayu dengan bukan muhrim . Sekiranya perlu untuk bercakap dengan seseorang yang bukan muhrim, anda perlulah melembutkan cara percakapan tetapi perlu juga tegas menyampaikan mesej yang hendak disampaikan. Muslimah itu perlu mempunyai pendirian yang tegas dan bertutur dengan penuh hikmah.

Ayat 159 Surah Aali-'Imran:
"Maka berkat rahmat Allah, Engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya Engkau bersikap keras dan berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."

Sahabat, kalau rasa lemah semangat untuk terus berjuang, renung-renungkanlah semula kisah nabi kita , Rasulullah s.a.w. Terlalu banyak rintangan dan dugaan yang baginda hadapi sehinggakan baginda pernah dilemparkan batu oleh kaum Quraisy sehingga terluka. Apalah sangat usaha kita hari ni berbanding kekasih Allah ini? Kuatkanlah semangat kalian!. Saya berharap agar kalian teruskan warisan Rasulullah s.a.w ini iaitu berdakwah ke jalan Allah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar! InsyaAllah.

Tuesday, 7 June 2011

Kenapa diwajibkan pakai Tudung erk??


‎(¯`´¯) ..•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥ 8 SEBAB WANITA CHANTEQ BERTUDUNG!!
●/
/▌
/ \

(✿◠‿◠) Tuntutan agama

●❤● Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Mengurangkan dosa

●❤● Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Lebih pintar dan tenang

●❤● Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Tidak membazir

●❤●Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampu, pewarna rambut yang mahal atau pergi ke salun.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Lebih sopan dan manis

●❤● Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi wanita2 nie ada value added sebenarnya)

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Rambut lebih tahan lama dan sihat

●❤● Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia yang merosakkan.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Menjadikan diri anda “Mahal”

●❤● Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya yang tinggi di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Lebih dihormati

●❤● Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi..

InsyaAllah,Amin ya Allah..Jom sama2 kita bertudung dengan SEMPURNA!!!^__^

░░╠███╣░░░░░░░╠███╣
╠██▓▓▓██╣░░░╠██▓▓▓██╣
██▓▓▓▓▓██╣░╠██▓▓▓▓▓██╣
██▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓██╣
╠██▓▓▓JIHAD CHENTA▓▓▓▓██╣
░░╠██▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓██╣
░░░░╠██▓▓▓▓▓▓▓██╣
░░░░░░╠██▓▓▓██╣
░░░░░░░╠██▓██╣
░░░░░░░░╠█▓█╣
░░░░░░░░░╠█╣....♥*♥
·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ MUHASABAH CHENTA Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ 

Monday, 6 June 2011

kErAnA iSlAm kitA dikAtAkAn kOlOt..??

Bismillahhirrahmanirrahim…
As-salamullahi'alaykumwarahmatullahi wabarakatuh.
Moga kalian semua
diberkati Allah.
Berhari menulis isi hati untuk mengingatkan diri sendiri dan
saudara sesama Islam. Lahirlah idea menulis atas tajuk ini. Mungkin sebab saya
salah seorang dari mereka yang berfikiran kolot kerana berfikiran berhati-hati
dalam soal yang dianggap remeh seperti pergaulan antara lelaki dan
perempuan.

Andai tersalah pandangan, tegurlah saya yang hina ini wahai
insan-insan yang dikasihi Allah diluar sana..


Syukran.
Babak
1.


Berlaku di?

Salah sebuah bilik di asrama
lelaki.


Masa?
Pagi, petang atau malam.

“Eh
Din, jom belajar dengan Siti dan Nurul? Mereka dah lama tunggu di kafe
tu.”
“Tak mahulah Bad. Aku boleh belajar sendirian. Lagipun sejak bila
kau belajar dengan diaorang ni?”
“Alah, bosanlah belajar dengan sejantina ni,
tak fun la.  Kalau dengan lain jantina ni banyak sikit
idea.Mencurah-curah ilmu lebih aku dapat..” sengih si Bad.
“Tapi kan diaorang
bukan mahram kita? Takkan kau lupa apa kata kau sebelum ni? Belajar dengan
mahram lebih baik, redha Allah ada. If terdesak sangat and in case perempuan
je yang dapat kuasai topik tertentu kau akan ajak ramai-ramai
dan sekelas untuk belajar sama. Lebih baik. Fitnah pun tak ada.”
“Memanglah
tapi tu dulu. Aku rasa, kolot betul pemikiran aku sendiri kan? Okeylah, kau nak
simpan kata-kata aku tu simpan jelah, aku pergi dulu.”


Babak
2.


Berlaku di?
Dalam pesanan ringkas.

Masa?
Bila-bila.

“Ina,kita jumpa
di taman bunga eh? Please...saya tak pernah dapat jumpa awak berdua
je.
Di sekolah pun terserempak dan awak tak pernah pun nak senyum dan selalu
je elak.”

“Man, kan saya dah cakap, saya tak nak. Saya tak boleh.
Berjumpa sebab apa? Bukan ada perkara penting. Kalau saya bawa Kak Nah, awak tak
bagi. Nak bawa Abang Usop pun tak boleh. Mak dan ayah? Lagilah awak tak mahu.
Tak bersedia la...apa-apa la. Lagi, jumpa je pun tapi tetap kena bawa mahram
bersama. Itu hukum yang patut kita terima dan ditetapkan oleh Islam. Lainlah
awak ni suami saya ”

“Alah awak ni, kolot betullah. Bukan saya nak
apa-apa kan awak pun sampai kena bawa semua famili awak sekali. Takdelah
privacy. Cuba tengok si Rizal dan Imah tu, diaorang selalu jumpa tapi
batas jaga jugak. Takde pun sampai bawa sekali semua
famli.”

“Soalnya, saya ni bukan bini awak yang boleh
dibawa sesuka hati berjumpa tanpa sebab yang

dibolehkan syarak. Awak nak jumpa sebab nak
luahkan perasaan awak kan? Saya tak nak.
Imah tu lainlah, dia biasa
benda-benda macam tu. Saya tak biasa dan saya tak nak biasakan buat perkara
sia-sia ni. Awak nak perempuan macam Imah? Carilah lain.
Maaf.”

“Ala..Ina, maaf eh. Hmm..Kalau macam tu saya jumpa awak di sekolah
jela. Dapat tengok tanpa jumpa berdua pun jadilah. Nanti if saya dah
mampu saya datang terus rumah awak.”




Dan..berapa banyak lagi babak dalam
kehidupan yang menunjukkan pemikiran-pemikiran mereka yang mahukan kebebasan
seperti yang ditunjukkan oleh pihak bukan ISLAM. Pemikiran ISLAM pula sering dikatakan sebagai
KOLOT.
Siapakah yang paling maju diantara umat Islam yang
benar-benar ikut budaya dan cara mereka yang bukan Islam? Orang Islam mana pula
yang benar-benar mundur dan ketinggalan hanya kerana ikut setiap apa yang
digariskan oleh ISLAM?

Allah dah mengisytiharkan kesempurnaan ISLAM di
dalam Kalamullah. Andai ia tidak sempurna, tiadalah perintah Allah yang menyuruh
kita, manusia yang lemah dan hina ini patuh dan taat
pada setiap
perintahNYA..Patuh dan taat pada agamaNYA.

“Aslam taslim!”
“Islamlah,
anda akan selamat!”

Kerana makna Islam sendiri membawa maksud sejahtera.
Mereka yang berfikiran bercanggah dari pemikiran yang Islam gariskan, dan tidak
meneliti kesempurnaan dan kebaikan yang

terkandung di dalam Islam mungkin akan
meletakkan Islam sebagai agama yang leceh, kolot hanya kerana
keterbatasan-keterbatasan yang wujud.

Dari sekecil-kecil perkara
sehingga sebesar-besar perkara yang perlu dititik beratkan. Saya sendiri dulu
pernah terfikir,  dalam Islam terlalu banyak pantang larang. Itu tak boleh, ini
tak boleh. Walhal setiap peraturan Islam tentukan punya kebaikan dan
sebab-sebabyang khas buat manusia yang fitrahnya adalah Islam pada
asalnya sebelum lahirnya kita ke dunia dan ditentukan dalam berlainan agama.
Bukan?

Jika penganut bukan Islam berfikiran sedemikian, kita sendiri
sedia maklum bahawa mereka tidak mendalami agama suci ini sedalamnya. Namun,
yang dikisahkan apabila
penganut Islam sendiri, mereka yang
mengaku keEsaan Allah dan kerasulan kekasihNYA pun mengatakan bahawa Islam ini
kolot. Terdapat perkara-perkara yang dianggap kolot jika
diturutkan.


“Tidak ada paksaan untuk
(memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada
jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan
beriman  kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali
yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.”

Al-Baqarah ayat
256

 

“Pada hari ini
orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu
janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah 
Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan
telah Ku-ridai Islam itu jadi agama mu."
  Al Maidah ayat 3





“Maka
bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta
taatlah;”

Al Qashash ayat
16




“Dan Ibrahim
telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yakub. (Ibrahim
berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini
bagimu,

maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama
Islam.”

Al-Baqarah
ayat 132
   






 

 

Kita ni dah terlalu banyak disogokkan dengan
budaya dan cara hidup mereka bukan Islam.
Kebebasan yang
dipertontonkan. Dunia menjadi dambaan dan dikejar. Bukankah ada suatu waktu
dimana makhluk Allah yang dikurniakan akal ini akan dihisab? Bukankah ada suatu
saat dimana,harta tidak lagi berguna untuk menyelamatkan diri di sana?





Islam itu penawar. Kerana setiap sesuatu
diukur dengan kehalusan dan kesempurnaanNYA
yang tidak ternilai. Sekalipun
hal yang remeh sekalipun. Sekecil perkara itu punya banyak hikmah yang
menguntungkan diri sendiri. DIA? tidak pernah mengharapkan balasan hambaNYA
kerana ia bukan bermakna pada Pencipta.

Terkadang mungkin kita merasakan
bahawa kita tidak boleh terlalu jumud dalam soal Islam memandangkan kita di
zaman era baru. Zaman kecanggihan. Zaman dimana material makin hebat, dan akhlak
manusia semakin tenat. Tapi, asasnya yang dianggap remeh itu mampu menyelamatkan
permulaan risiko yang lebih besar.

Teringat kata seorang teman, Islam itu fleksibel. Sesuai mengikut
peredaran zaman.
Tapi..manusia telah terlalu mengikut keadaan sehingga Islam
itu sendiri akhirnya ditinggalkan
hanya pada namanya dan seterusnya
memalingkan hukum Islam terus.
<!--[if
!supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]-->


Kita
lupa, redha Allah itu pada perkara yang disukai dan dicintaiNYA.
Kita alpa,
bahawa Rasulullah dah menetapkan kita tidak akan sesat mahupun tersasar dengan
berpandukan Kalamullah dan sunnah baginda.

Tolonglah.
Jangan mudah berkata sesuatu itu KOLOT.
Hanya
kerana keterbatasan yang wujud dan merasa susah untuk
diikut.
Terkadang..perkara itu nampak kolot,
tapi tersembunyi redha Ilahi
sebenarnya.

Apa pun,
Jom hayati agama kita!
Jangan dipersoalkan
sebelum mengenal.
Tak kenal maka tak cinta.
Kan?
Fastabiqul
Khairat..!!!


 
Sumber..www.iluvislam.com

Cara Memberi Salam

mybe rmai yg dh taw..tp niey just sbg tzkirah yakni pregtn tuk kite sume~~

o_O

.JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.

~~~thnkz to pai obey n hanim rosli 4 lettin' me copyin' tis
~~

Sunday, 5 June 2011

Surat Untuk Saya!!!


Hari ini masuk hari kelima kami tidak bertegur sapa. Walaupun kami ni roommate, tinggal sebilik, tidur pun sebilik, tapi peristiwa itu benar-benar membuatkan aku dan dia, Afif, saling tidak bertegur sapa. Kalau pada hemat aku, bukanlah besar sangat masalahnya, cuma bagi dia mungkin itu perkara besar apabila aku terkantoi membaca surat cinta dari kekasihnya, Suhaila kerana ia berhubung kait dengan privacy.
Permulaan kes pembacaan surat ini apabila aku ternampak ada sepucuk surat bersampul merah jambu di atas mejastudy aku. Dah nama pun meja aku, ingatkan surat untuk aku la. Tapi, bila buka sahaja mukadimah ayatnya, tertera sebaris ayat, 'Buat Yang Teristimewa, Afifudin'. Alang-alang dah terbuka, aku pun meneruskan sahaja pembacaan. Ayat-ayat yang ditulis punyalah penuh dengan ayat mendayu-dayu ibarat angin pantai yang halus membelai pipi, gaya tulisan macam ini kalau bagi kat cikgu Bahasa Melayu memang confirm la dapat A+.
Aku sebenarnya pernah nampak si Afif baca surat tu dan masa tu riak muka dia jelas menunjukkan betapa dia sedang di fasa ambang cintan. Sejujurnya, bagi aku tulisan itu tiada apa-apa kesan pun, sebab, SURAT TU BUKAN UNTUK AKU PUN. Tapi tidak sangka pula, sedang khusyuk aku baca, diam-diam si Afif datang dari belakang dan aku pun terkantoi dengan tangan aku masih lagi pegang erat surat tu. Padahnya, dapatlah aku merasa satu tumbukkan padu yang mengena tepat di pipi aku.
Situasi di atas, sudah cukup untuk aku ungkapkan kepada pembaca sekalian betapa pentingnya surat cinta dari kekasih hati buat sang kekasih sehinggakan sahabat kita pun sanggup kita tumbuk.Tetapi bagaimana pula dengan Al-Quran?. Adakah sama status Al-Quran ini dengan status surat cinta yang dianggap begitu 'privacy' itu?.Sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk kita semua atau lebih jelas lagi untuk "SAYA".
Dalam hal ini, selalu kita mengecualikan diri kita. Jika ditanya, untuk siapa Al-Quran diturunkan maka jawapan skema akan keluar iaitu untuk manusia lah, kita lah, orang Islam la, kenapa tidak untuk "SAYA" ? Oleh kerana jawapan manusia sentiasa untuk "kita", maka oleh kerana jawapan inilah yang membuatkan kita tidak terkesan apabila membaca ayat-ayat Al-Quran yang penuh dengan kata-kata peringatan. Sebagai contoh kisah Nabi Yusof dan adik-beradiknya yang mana Yusof ini dicemburui lalu sampai baginda dicampak ke dalam perigi. Malah pengajaran Habil dan Qabil juga, mereka berbunuhan disebabkan hasad dengki yang bermain dalam diri. Dua contoh kisah ini mungkin cukup utk diungkapkan. Untuk menjadikan Al-Quran itu berkesan buat diri ini, maka cuba letak diri kita dalam situasi yang terdapat dalam Al-Quran seolah-olah Al-Quran ini diturunkan tepat dengan situasi kehidupan kita. Al-Quran ini sebagai satu peringatan yang sangat jelas telah Allah turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W kepada setiap individu Islam.
Seringkali semasa zaman kanak-kanak kita dahulu, cerita fairytale menjadi sebahagian dari kisah angan-angan dan impian kita sewaktu kecil. Bagi yang perempuan, berangan menjadi seperi Cinderella yang nanti datangnya putera idaman untuk mengahwininya, tidak kurang yang lelaki yang berangan mahu menjadi Superman menyelamatkan dunia. Begitulah juga dengan Al-Quran, di mana kisah-kisahnya lebih dekat terkena ke batang hidung sendiri.
Sayangnya jika kita tidak meletakkan diri kita dalam situasi yang terdapat dalam contoh-contoh ayat pengajaran dari Al-Quran, maka samalah situasi 'aku' yang tiada kesan pun dengan tulisan dalam surat cinta tadi. Sebab apa? Sebab surat itu bukan ditulis untuk aku, jadi buat apa aku nak touching dengan kandungan isi surat tu. Namun Al-Quran ini lain, ia diturunkan untuk memberi kesan kepada setiap dari kita. Ia diturunkan untuk SETIAP orang Islam diatas muka bumi ini untuk berpesan-pesan walaupun sepotong ayat.
Jangan kita menjadi seperti di dalam surah Al-Jumu'ah ayat 5:
" Perumpamaan orang-orang yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya), adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Sangat buruk perumpaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."
Jelas di sini, sekiranya kita membaca Al-Quran, tetapi tidak mengamalkannya, kita juga boleh jadi seperti keldai yang membawa kitab-kitab tebal. Membaca dan menghayati Al-Quran adalah salah satu cara untuk kita berinteraksi dengan Al-Quran yang ada dalam bilik kita ataupun di rak-rak buku. Kalau sebelum ini kita hanya baca, tetapi tidak meneliti maksud, cubalah berubah dengan membaca sekali dengan meneliti maksud. Jika sebelum ini kita baca dan meneliti maksud namun hanya memahami bahawa kisah-kisah atau pengajaran itu untuk kaum yang tersebut, maka cepatlah kita berubah untuk meletakkan kisah-kisah itu di atas batang hidung kita sendiri agar ayat Quran itu lebih terkesan buat diri kita ini. Insya Allah